Saturday, 13 October 2012

UJI DUA


Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1 Pulau Singa Besar sangat sesuai untuk ________ yang menggemari kegiatan memancing,
berenang dan merentas denai.
A. pelawat
B. melawat 
C. lawatan 
D. dilawat

2 Pemilik rumah tidak dibenarkan _____________ rumah mereka tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
A. memperbesar
B. membesar
C. membesar-besarkan
D. besarkan

3 Penduduk kampung itu berharap permohonan mereka mendapat __________ daripada Pegawai Daerah.

a. dipertimbang
b. pertimbangan
c. timbangan
d. ditimbangan

4 Bunyi suara kuda yang ________ telah mengejutkan orang ramai di kawasan itu.
a. melenguh

b. mengerih

c. meringkik

d. merengus

5 Burung gagak itu terbang sambil _______ sepotong daging di celah paruhnya.
a. mengetap

b. menggigit

c. memegang

d. menggonggong

6 Se_________ tentera Malaysia telah berjaya menembak se__________ komunis di sempadan Malaysia –Thailand.
a. kumpulan ….kawan

b. orang……gelung

c. baris…..kelompok

d. angkatan…..gerombolan

7. Ramlan membeli dua ________ majalah dan tiga __________ filem dari kedai itu.
A kaki……pangs
B kajang…….naskhah
C naskhah……gulung
D timbun……potong

8 Bahagian hadapan kereta yang terbabit dalam kemalangan itu _________.

a. renyuk

b. remuk

c. penyek

d. retas

9 Solekan itu menjadikan wajah Erra yang sedia cantik itu semakin _________.
A cerah
B bersih
C jernih
D berseri

10 __________ dia melemparkan kata-kata kesat terhadap orang tua yang tidak berdaya itu.
a. Keras hati

b. Sampai hati

c. Panas hati

d. Iri hati

11 Penduduk Negara miskin terpaksa ______ kerana kekurangan makanan.

a. ikat perut

b. alas perut

c. sakit perut

d. isi perut

Soalan 12 hingga Soalan 14
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
12 Setelah mengalami peristiwa yang amat menggerunkan itu dia berjanji tidak mahu
ke laut lagi.
a. merisaukan

b. mengerikan

c. membimbangkan

d. menggelorakan

13 Cikgu Johari selalu menjegilkan matanya apabila kami bising di dalam kelas.
a. membukakan
b. merenungkan
c. membeliakkan
d. mengenyitkan

14 Dia suka mengimbas kenangan manisnya ketika melanjutkan pelajaran di luar negara.
a. mengingat

b. mengutip

c. melakar

d. mengimbau

Soalan 15 dan Soalan 16
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
15 A. Meskipun dia telah berjaya, dia tetap tidak berhenti berusaha.
B. Meskipun dia telah berjaya, dia tetap, tidak berhenti berusaha.
C. Meskipun dia telah berjaya. Dia tetap tidak berhenti berusaha.
D. Meskipun dia telah berjaya dia tetap tidak berhenti berusaha.

16 A. Nasihat ayah kepada adik, “Jangan bermain di jalan raya, Amran.Di jalan raya itu
banyak kenderaan.”
B. Nasihat ayah kepada adik,“Jangan bermain di jalan raya Amran. Di jalan raya, itu banyak kenderaan.”

C. Nasihat ayah kepada adik,“jangan bermain di jalan raya Amran.Di jalan raya itu, banyak kenderaan.”

D. Nasihat ayah kepada adik, “jangan bermain di jalan raya Amran. Di jalan raya itu banyak kenderaan.”

Soalan 17 hingga Soalan 19
Pilih jawapan yang paling sesuai kepada soalan yang bergaris.
17. Betulkah awak yang menelefon saya semalam?
a. Ya, di rumah saya memang ada telefon.

b. Ya, awak yang menelefon saya.

c. Ya, saya yang menelefon awak semalam.

d. Sudah dua malam saya menelefon awak.

18 Bilakah agaknya kerja-kerja itu akan siap?
A. Agak susah bagi saya untuk menyiapkan kerja-kerja itu.
A. Mungkin dia dapat membantu kamu.
C. Paling lewat pun petang ini.
D. Ya, saya pasti akan menyiapkan kerja itu.

19. Sudah berapa lama dia berperangai begitu?
A. Entahlah, saya pun tidak pasti.
B. Mungkin kerana dia berasa sedih atas pemergian ayah dan ibunya sebulan yang lalu.
C. Minggu lepas dia dimarahi oleh gurunya.
D. Ya, saya pun hairan melihat perangainya.

Soalan 20 hingga Soalan 22
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris.
20 Kerajaan giat menggalakkan rakyat supaya menjalinkan kerjasama yang erat demi
perpaduan.
A. Rakyat yang menjalinkan kerjasama giat menggalakkan kerajaan bekerjasama demi
perpaduan.
B. Kerjasama erat giat digalakkan oleh rakyat demi perpaduan kerajaan.
C Giat kerajaan menggalakkan rakyat bersatu padu demi menjalinkan kerjasama.
D Rakyat digalakkan dengan giat oleh kerajaan supaya menjalinkan kerjasama
yang erat demi perpaduan.

21. Dalam perjalanan ke Gua Niah, mereka terpaksa menaiki bot menyusuri sungai
selama dua puluh minit.
A. Gua Niah terpaksa dinaiki oleh mereka selama dua puluh minit.
B. Dalam perjalanan dua puluh minit dengan bot, mereka terpaksa menyusuri
di sungai Gua Niah.
C. Mereka terpaksa menyusuri sungai selama dua puluh minit dengan menaiki
bot sebelum sampai ke Gua Niah.
D Dalam perjalanan menyusuri sungai selama dua puluh minit, mereka
terpaksa menaiki Gua Niah.

22. Reka bentuk bangunan yang menarik itu telah diilhamkan oleh seorang arkitek
yang terkemuka di negara ini.
A. Seorang arkitek telah mengilhamkan sebuah bangunan yang terkemuka dan menarik di
negara ini.
B. Arkitek terkemuka telah mengilhamkan reka bentuk bangunan yang menarik di negara kita.
C. Seorang arkitek tanah air yang terkemuka telah mengilhamkan pembinaan bangunan yang
menarik itu.
D. Bangunan reka bentuk yang menarik itu telah diilhamkan oleh seorang arkitek yang
terkemuka.

Soalan 23 hingga Soalan 26
Pilih perumpamaan yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat yang bergaris.
23. Wanita itu menjaga semua anaknya dengan penuh kasih sayang.
A. Bagai menatang minyak yang penuh

B. Bagai embun di hujung rumput

C. Bagai pungguk rindukan bulan

D. Bagai si kudung mendapat cincin

24 Perasaan cemburu atau iri hati terhadap kejayaan orang lain hanya akan merosakkan diri sendiri.
A. Seperti ayam berak kapur

B. Seperti api dalam sekam

C. Seperti cacing kepanasan

D. Seperti bertih digoreng

25 Kita tidak seharusnya melupakan jasa orang yang menolong kita sewaktu kita susah.
A. Bagai tikus membaiki labu
B. Bagai mencencang air
C. Bagai melepaskan batuk di tangga
D. Bagai kacang melupakan kulit

26. Saling perlu-memerlukan dan bantu –membantu.
A. Bagai anjing dengan kucing.
B. Bagai mencurah air di daun keladi
C. Bagai aur dengan tebing
D. Bagai anjing buruk kepala

Soalan 27 dan Soalan 28
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud saling.
27. I Hang Tuah dan Hang Jebat bertikam-tikaman dalam pertarungan itu.
II Siew Cheng berasa ragu-ragu akan kelakuan pemuda itu.
III Bunyi katak di tepi sawah itu bersahut-sahutan selepas hari hujan.
IV Johan berjalan terincut-incut kerana kakinya luka terpijak kaca.
A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

28. I Saadiah tawar-menawar harga kain sutera dengan tauke kedai itu sebelum membelinya.
II Orang ramai tolak-menolak ketika membeli tiket bas yang sudah hampir habis itu.
III Majlis kenduri itu diadakan secara besar-besaran.
IV Tangan adik berbintik-bintik merah kerana digigit nyamuk.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan III

Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
29. I. Jururawat itu mengawasi perkembangan kesihatan pesakit itu dari semasa ke semasa.
II Perahu nelayan itu terumbang-ambing dipukul ombak di tengah laut.
III Pengemis itu sungguh lemah-gemalai kerana sudah beberapa hari tidak menjamah nasi.
IV Air sungai ini mengalir daripada puncak Gunung Stong.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II, dan III
D. II, III dan IV

30. I Mereka kenaikan bas menuju ke sekolah.
II Devi tidak bersetuju dengan pendapatan yang dikemukakan oleh Dila.
III Kami akan sampai pada tengah hari nanti.
IV Untuk memperoleh ilmu, pelajar perlulah rajin membaca buku.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II, dan IV
D. I, II, III, dan IV

UJI SATU


UJI 8

Arahan:
Jawab semua soalan yang diberikan
Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Soalan 1
Anda ditugaskan mewawancara tokoh murid sekolah anda untuk dimuatkan di dalam majalah sekolah. Tulis wawancara itu selengkapnya.

Soalan 2
Anda telah dipilih untuk mewakili kelas anda dalam pertandingan syarahan.Tajuk syarahan ialah “Kebaikan Mempelajari Komputer”. Tulis syarahan anda itu selengkapnya.

Soalan 3
Aku baru pulang dari pasar tani dan terus menunggu bas di perhentian bas. Di sebelahku ada seorang wanita. Tiba-tiba datang dua orang lelaki. Mereka merentap tangan perempuan itu dengan kasar. Aku pun ……..
Tulis suatu karangan yang bermula dengan Aku pun…….

Panduan Menjawab Bahagian C


  • Panduan Menjawab Bahagian C
· Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti
· Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni,
· amalan baik, faedah atau pengajaran.
· Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang
· terdapat dalam petikan.
· Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.
· Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda
· baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.

Bagaimana Menjawab Soalan Karangan Berita


BERITA

· Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.
· Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat lima persoalan, iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana?, dan Mengapa?
· Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yangkurang penting dikemudiankan.
· Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.
· Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.
· Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melaluipembacaan, pemerhatian dan wawancara
· Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana.
Apa ?
Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.
Bila ?
Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.
Di mana ?
Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.
Siapa ?
Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
Adakalanya umur juga perlu ditulis .
Mengapa ?
mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.
Bagaimana?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.
Soalan Perbincangan Minggu ini
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah anda, telah menganjurkan Program Klinik UPSR untuk murid-murid tahun lima. Anda diminta menulis berita tentang program tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah anda.
Tulis berita tersebut selengkapnya.
Panjang berita anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Anda mestilah membaca soalan berita tersebut dengan teliti . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka berita.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka berita . Sebaik-baiknya kerangka berita yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas. Apa yang penting anda dapat memahaminya.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan berita anda. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.
Baca contoh berita di bawah ini.
Klinik UPSR SK Taman Pantai Sepang Putra
SEPANG, Ahad – Sebanyak 100 orang murid telah mengikuti Program Klinik UPSR yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Program yang pertama kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Menurut Guru Besar sekolah tersebut Tuan Haji Mohd Nasir bin Miskam, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar di samping memberikan ketahanan fizikal dan mental .
Program ini diadakan di Sungai Congkak, Hulu Langat selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Jun 2011. Para peserta program terdiri daripada murid-muridtahun lima. Program ini diadakan sebagai persediaan kepada murid-murid menghadapai UPSR 2012.
“Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman,” kata adik Azman bin Hashim salah seorang peserta program.
“ Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana membuat persiapan awal kepada murid-murid tahun lima untuk menghadapai UPSR 2012,” kata Encik Nor Ikhsan, bapa salah seorang peserta yang ditemui pada hari penutup program.
Program ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG , Dr. Sargini bin Hasan. Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk program-program yang dijangka akan diadakan secara berterusan.
Langkah 4
· Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.
· Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda,terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .
Latihan minggu ini.
Tiga orang murid sekolah anda telah menerima surat kepujian daripada pihak polis kerana
keberanian dan kejujuran mereka. Anda dikehendaki menulis berita mengenainya untuk
dimuatkan ke dalam majalah sekolah anda. Tuliskan berita itu selengkapnya.
2 Satu kejadian banjir kilat telah berlaku di sekolah anda Anda diminta menulis berita mengenai
kejadian tersebut. Tulis berita itu selengkapnya.
3. Tulis sebuah berita mengenai murid yang telah menerima anugerah tokoh kanak-kanak sempena Hari Kanak-Kanak yang diadakan di sekolah kamu. Tulis berita tersebut selengkapnya.
GLOSARI:
menganggar : mengirakan sesuatu secara kasar sahaja memperhitungkan belanja atau biaya secara kasar
memperniagakan : menjual dan membeli sesuatu untuk
mencari keuntungan, memperdagangkan sesuatu barang
pampasan : wang atau barang dan lain-lain yang dibayar sebagai
ganti rugi, perihal membeyar ganti rugi ke atas sesuatu barang
danding : imbang, tara, tid ada yang menyamainya, tiada taranya
mencerap : memerhatikan, mengendahkan, mnaruh minat, menerima sesuatu
dalam hati dengan panca indera, menanggap sesuatu yang diterima dengan pancaindera
dokumentari : tayangan filem, television atau acara radio yang memaparkan atau menmceritakian maklumat atau fakta sebenar tentang sesuatu perkara atau subjek
ekoran : akibat atau perkembangan seterusnya yang timbul daripada sesuatu peristiwa dan lain-lain, lanjutan darip-ada sesutu yang telah brelaku
permatang : jalan kecil(jaluran tanah) yang tinggi sedikit daripada
kawasan di sekitarnya, tambak atau batas kecil
di sawah yang digunakan sebagai tempat berjalan; ban,
bahagian yang tertinggi pada lereng gunung atau
bukit(Biasanya memanjang dari puncak hingga
ke kaki bukit); bahagian tempat dua lereng(gunung,bukit)
bertemu, laut – benteng yang panjang dan curam
permukaannya yang dibina oleh ombak yang kuat
pada tikas air pasang di sepanjang pinggir pantai.
deligasi : orang atau kumpulan orang yang dipilih untuk
mewakili sesebuah pertubuhan atau negara
kerana sesuatu persidangan, perundingan,
perwakilan, perutusan
gimik : sesuatu tindakan, objek, alat yang luar biasa yang tidak semestinya penting , yang digunakan untuk menarik perhatian umum lazimnya dalam bidang ekonomi dan politik
Contoh karangan soalan 3
SEPANG, 21 Oktober – Murid Tahun 6 Bestari, Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra telah terpilih sebagai Tokoh Kanak-Kanak dalam Majlis Sambutan Hari Kanank-Kanak yang diadakan di sekolah ini.
Tokoh Kanak-Kanak tersebut ialah Mohd Seffhuri bin Arif, 12. Mohd Seffhuri dari Kelas 6 Bestari, merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Dia merupakan ketua murid sekolah ini. Dengan bakat kepimpinan yang dimiliki, dia telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai ketua murid dengan cemerlang.
Kecemerlangannya dalam bidang pelajaran tidak dapat ditandinggi oleh rakan-rakannya yang lain. Dia sentiasa mendapat keputusan yang terbaik sejak tahun satu.
Antara kejayaannya dalam bidang sukan ialah memungut 2 pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah–Sekolah Daerah dalam acara Lari pecut 100 meter dan dan 200 meter. Selain itu dia juga aktif dalam pelbagai aktiviti kelab dan persatuan.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, guru-guru dan
rakan-rakan yang telah banyak memberikan dorongan kepada saya ” kata Mohamad Seffhuri ketika ditemui dalam majlis tersebut.
Dalam majlis itu, dia telah menerima trofi, selendang tokoh kanak-kanak serta sijil penghargaan daripada Tuan Guru Besar.